Tuesday, 1 April 2014

Sejarah Dan Gambar Di Masjidil Haram


anda akan semakin teruja apabila pergi ke Masjidil Haram apabila mengetahui peristiwa peristiwa yang telah berlaku di tempat yang anda lalui ketika itu. Bila anda lalu, anda pasti akan terbayang peristiwa bersejarah yang telah berlaku 1400 tahun yang lalu




Disinilah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang ia dijadikan perpustakaan. Dan dengar khabarnya tempat ini akan dirobohkan bagi pelebaran masjid dan pembinaan hotel baru. Ia terletak di sebelah Bukit Marwah.


Di sinilah bekas tapak rumah Abu Jahal, Sekarang ia dijadikan tandas. Bersesuaian dengan status Abu Jahal yang amat anti Islam pada waktu dulu. 


Di sinilah terletaknya bekas tapak rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Isteri pertama Rasulullah


Jabal Abu Qubais- Tempat dimana Nabi Ibrahim a.s. menyeru umat manusia menunaikan haji setelah membina kaabah. Dan diatas bukit inilah Rasulullah S.A.W. membelah bulan. Sekarang dijadikan istana Raja Saudi. Ia terletak diluar masjid bersebelahan kawasan Saie.


Di sinilah tapak Masjid Kucing yang telah dirobohkan. Disini juga tempat dimana Rasulullah memacak bendera kemenangan Islam setelah berjaya menawan kembali kota suci Mekah dari tangan orang kafir.


Ketika tiada umat manusia yang ingin beriman kepada Rasulullah, disinilah pokok berjalan datang kepada Rasulullah dan menyatakan keimanan kepada Rasulullah.


Masjid Jin - Tempat dimana jin pertama memeluk islam


Terdapat banyak burung merpati di Mekah yang berterbangan di sekitar kawasan Masjidil Haram. Bayangkan Masjidil Haram direka supaya tiada tempat bertenggek burung merpati di dalam masjid. Kesannya, burung merpati tidak masuk ke dalam Masjidil Haram. Hebat kan..


Disinilah bersemadi Saidatina Khadijah- wanita dan manusia pertama memeluk islam. Dikatakan pokok ini tidak pernah mati dari dahulu hingga kini. Subhanallah


Babul Fatah. Rasulullah memasuki Masjidil Haram melalui pintu ini setelah menawan kota Mekah.


Hotel Hilton - Zam Zam Tower - Al Safwa Tower


Tapak rumah Saidina Umar Al-Khattab


Tapak rumah Saidina Abu Bakar


Bukit Safa yang terletak di dalam Masjidil Haram. Berbetulan dengan Hajarul Aswad. Disinilah bermulanya ibadah Saie. Pada zaman dahulu, Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ismail menendang-nendang tanah, terpanncutlah air zam zam. Disinilah sejarah Mekah bermula.


Batu di Bukit Safa


Bukit Marwah. Tamat Saie pusingan ke-7 di sini.


Di tapak tiang inilah malaikat Jibril mengikat buraq semasa peristiwa Israq Mikraj.


Berdekatan tapak inilah Rasulullah dibedah jantungnya sebelum dibawa naik ke Israk Mikraj.


Tapak Kaki Nabi Ibrahim di Makam Ibrahim

Pintu Kaabah


Tempat imam menunaikan solat. Dibarisan pertama dihadapan Kaabah


Pancur Emas terletak di dalam Hijir Ismail


Batu Hajarul Aswad


Tempat imam menunaikan solat. Lihat terdapat banyak mikrofon di situ.


Pintu Kaabah yang diperbuat daripada emas seberat 280KG bernilai SR13 Juta. Disebelah kiri pintu kaabah terletaknya Multazam.






Sumber : http://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travelog-haji-part-45-sejarah-dan.html