Bertahun-tahun lamanya, Ibadat Haji tetap sama cuma suasana yang berbeza. Mari kita lihat perbezaannya.
Wuquf di Arafah :
Zaman dahulu orang Wuquf Di Arafah dengan mendirikan khemah sendiri di merata-rata tempat, termasuk di celah-celah bukit.
Sekarang sudah ada khemah yang memang teratur didirikan untuk para jemaah, lengkap dengan pendingin hawa.
Melontar Jamrah zaman dahulu.walaupun tempat melontar hanya tertumpu pada suatu lokasi sahaja, tetapi ia tidaklah berebut-rebut kerana orang tidaklah terlalu ramai seperti sekarang. Melontar pada masa itu juga tidak berkemudahan dan berbumbung seperti masa sekarang.
Besar, moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, eskalator dan sebagainya, namun pada masa-masa tertentu ia juga di penuhi dengan jutaan manusia.
Bercukur pada masa dahulu keadaannya adalah di tepi-tepi jalan seperti ini. Pada masa sekarang ada kedai-kedai di sediakan di tepi pintu keluar masuk Masjidil Haram
Pada masa dahulu di tepi Kaabah, kawasan sekitarnya masih berbukit bukau, dan banyak sekali rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain.
Sekarang ini Masjidil Haram telah di perbesarkan, dan rumah-rumah serta bangunan di sekitarnya telah menjadi nostalgia. Ia semuanya di lakukan untuk keselesaan para jemaah.